EIGHT LIES OF MOTHER ( Delapan kebohongan Ibu)

18 August 2007

A Story that I cannot forget….

(sebuah cerita yang tak dapat aku lupakan…..)

1. The story began when I was a child; I was born as a son of a poor family. Even for eating, we often got lack of food. Whenever the time for eating, mother often gave me her portion of rice. While she was removing her rice into my bowl, she would say “Eat this rice, son. I’m not hungry”.

That was Mother’s First Lie.

1. Cerita ini dimulai ketika aku masih kecil, saya terlahir sebagai anak lelaki dari sebuah keluarga miskin. Yang terkadang untuk makan pun kita sering kekurangan. Kapanpun ketika waktu makan, ibu selalu memberikan bagian nasi nya untuk saya. Ketika beliau mulai memindahkan isi mangkuknya ke mangkuk saya, dia selalu berkata “Makanlah nasi ini anak ku. Aku tidak lapar”

ini adalah kebohongan Ibu yang pertama. Read the rest of this entry »


Hadits-Hadits Rasulullah Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah: HADITS MADINAH AL-‘ILM

17 August 2007

KETUJUH : HADIS MADINAH AL-‘ILM

Masyhur disebut sebuah hadis yang berbunyi:

Saya adalah kota ilmu sedangkan ‘Ali adalah pintunya, sesiapa yang hendak memasuki kota (ilmu) maka masuklah melalui pintunya.

Ini adalah sebuah hadis yang masyhur termasuk di kalangan Ahl al-Sunnah di Malaysia. Malah ada yang menjadikannya sebagai tema nasyid dan sebagainya. Di sisi Syi‘ah, hadis di atas adalah salah satu hujah mereka untuk menegakkan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh sebagai khalifah yang hak selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Marilah kita mengkaji hujah mereka diikuti dengan jawapannya oleh Ahl al-Sunnah. Read the rest of this entry »


Hadits-Hadits Rasulullah Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah: HADITS AL-DAR

17 August 2007

KEENAM : HADIS AL-DAR

Dilaporkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh:

Sesungguhnya inilah (‘Ali) saudaraku, wasiku (orang yang melaksanakan wasiatku) dan khalifahku pada kalian.

Marilah kita mengkaji kisah di sebalik hadis ini dan bagaimana Syi‘ah menjadikannya sebagai hujah.

 

HUJAH SYI‘AH                                              

Kisah di sebalik Hadis al-Dar dikemukakan secara lengkap oleh al-Tabari sebagaimana yang dinukil oleh Muhammad Mar‘i al-Amin di dalam bukunya:[1]

‘Ali bin Abu Talib AS berkata: Manakala ayat al-Indhar (al-Syuara’ (26):214): “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” diturunkan ke atas Rasulullah SAWAW, beliau memanggilku dan berkata: “Wahai ‘Ali! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya memberi peringatan kepada keluarga anda yang terdekat. Maka akupun merasa cemas, kerana aku mengetahui bahawa apabila aku kemukakan kepada mereka perkara ini, aku akan lihat apa yang aku tidak meyukainya.” Maka beliau terus berdiam diri mengenainya sehingga datang Jibra’il dan berkata: “Wahai Muhammad! Sekiranya anda masih tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada anda, nescaya anda akan disiksa oleh Tuhan anda.” Read the rest of this entry »


Hadits-Hadits Rasulullah Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah: HADITS AL-SAFINAH

17 August 2007

KELIMA : HADIS AL-SAFINAH

Sebuah hujah yang sangat masyhur di sisi Syi‘ah ialah hadis:

Perumpamaan Ahl al-Baitku adalah seperti bahtera Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya akan selamat manakala sesiapa yang tertinggal daripadanya akan tenggelam.

Syi‘ah menjadikan hadis ini sebagai hujah seperti berikut:

  

HUJAH SYI‘AH                                              

Muhammad Mari’i al-Amin menulis:[1]

Wahai pembaca yang budiman, sesungguhnya hadith yang mulia ini datangnya daripada Nabi SAWAW. Beliau telah menutup jalan-jalan yang  banyak. Justeru itu beliau tidak meninggalkan selain daripada jalan Ahlu l-Bait yang terang seperti matahari di siang hari. Beliau telah memimpin mereka ke jalan yang benar dengan hujah yang terang yang akan membawa mereka ke syurga.

Dan perumpamaan Ahlu l-Baitnya dengan bahtera Nuh adalah jelas menunjukkan bahawa mengikuti mereka, mematuhi kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka adalah wajib. Dan untuk mendapat kejayaan adalah dengan menaiki bahtera, nescaya mereka berjaya daripada tenggelam kerana bahtera itu terselamat daripada keaiban. Sekiranya terdapat kecacatan, nescaya binasalah orang yang berada di dalamnya tanpa syak lagi. Read the rest of this entry »


Hadits-Hadits Rasulullah Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah: HADITS AL-MANZILAH

15 August 2007

KEEMPAT : HADIS AL-MANZILAH

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkata kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh:

Apakah kamu tidak redha bahawa engkau di sisi aku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.

Ahl al-Sunnah memahami hadis ini sebagai salah satu keutamaan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh. Akan tetapi Syi‘ah memiliki pemahaman yang lain. Ikutilah perbahasan seterusnya. Read the rest of this entry »


Hadits-Hadits Rasulullah Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah: HADITS 12 KHALIFAH

15 August 2007

KETIGA : HADIS 12 KHALIFAH


Ketika membahas Hadis al-Tsaqalain, Muhammad Mar’i al-Amin telah menyebut tentang ‘Ali dan kesemua sebelas anak keturunannya sebagai para imam yang maksum. Apa yang beliau maksudkan merujuk kepada hadis berikut daripada Jabir bin Samurah radhiallahu ‘anh:

Aku bersama ayahku masuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya urusan ini tidak akan selesai sehingga berlaku kepada mereka dua belas orang khalifah.”

(Jabir meneruskan): Kemudian baginda berbicara dengan suara yang perlahan kepada aku (sehingga aku tidak dapat mendengarnya). Aku bertanya kepada ayahku: “Apa yang (Rasulullah) perkatakan?” Ayahku menjawab: “Semua mereka daripada bangsa Quraisy.” Read the rest of this entry »


Hadits-Hadits Rasulullah Yang Dijadikan Hujjah Oleh Syi’ah: HADITS AL-TSAQALAIN

15 August 2007

KEDUA : HADIS AL-TSAQALAIN

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia. Aku merasakan bahawa utusan Tuhan-Ku (Malaikat Maut) akan datang dan aku akan memenuhinya.

Aku tinggalkan kepada kalian al-Tsaqalain (dua perkara yang penting): Yang pertama adalah Kitab Allah (al-Qur’an), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpegang teguhlah dengan Kitab Allah.

(Perawi – Zaid bin Arqam – menjelaskan bahawa Rasulullah menekankan kepada berpegang dengan Kitab Allah. Kemudian Rasulullah menyambung):

(Yang kedua ialah) Dan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Read the rest of this entry »